GOSIP ARTIS,
Artis Dipinggirkan
Posted by Unknown
Published on Wednesday, 30 May 2012
Ramlah Ram-Antara artis yang dipinggirkan
SEHINGGA ke hari ini, radio kekal menjadi saluran penyampai maklumat utama kepada masyarakat. Biar dihimpit dengan pelbagai kecanggihan teknologi dalam dunia penuh persaingan, fungsi radio kekal sebagai medium penyampai maklumat yang berterusan, selain menyalurkan sumber hiburan utama kepada pencinta seni dan budaya.
Meskipun terdapat pelbagai cara lain untuk mempopular dan mempromosikan karya terutama melalui media baru, namun radio tetap mendominasi.
Lagu yang tidak disiarkan di radio, akan sukar menarik perhatian masyarakat dan itu adalah realiti yang berlaku dari dulu, kini dan barangkali pada masa depan juga.
Namun akhir-akhir ini banyak kes yang kita dengar membabitkan keluhan rakan artis yang mengadu kecewa apabila lagu mereka tidak disiarkan di corong radio terutamanya radio swasta.
Ini bukan sahaja berlaku kepada artis baru, tetapi artis senior juga tidak mendapat pembelaan sewajarnya dalam kes ini.
Artis baru apatah lagi. Ada kalanya, pada pendengaran kita lagu itu ‘sedap’ tapi tidak mendapat tempat di stesen radio, seperti lagu Diam dendangan Lufya Omar.
Pada hal, lagu tersebut menarik berbanding beberapa lagu yang disiarkan di corong radio, tapi sayang nasib tidak menyebelahi peserta Akademi Fantasia musim keenam itu.
Penyanyi Siti Nordiana antara yang paling menderita tentang sikap anak tiri diamalkan radio swasta. Tiga albumnya termasuk berjudul Semakin Jelas hanya dipandang sepi radio swasta.
Sebelum itu, penyanyi senior Ramlah Ram turut mengadu, bagaimana lagu Ketentuan langsung tidak dipandang oleh pihak radio swasta, lalu terpinggir begitu saja.
Meskipun Ketentuan menjuarai carta Hits 1 di RTM, ia seperti tidak bernilai di pandangan pengendali radio swasta tempatan. Kenapa ya?
Penyanyi Liza Hanim yang pernah melaburkan ratusan ribu ringgit untuk album terbarunya beberapa tahun lalu, turut menerima ‘musibah’ yang sama apabila albumnya langsung tidak dipandang oleh pihak terbabit.
Itu hanya sekadar menyebut satu dua nama yang terlintas, walaupun realitinya ratusan lagi artis lain turut terkena dengan sikap ‘sombong’ pihak radio swasta.
Sebelum ini juga, penyanyi Fazli Zainal pernah ‘digam’ gara-gara lantang bersuara mengenai hal sikap radio swasta dan sekaligus menggambarkan keangkuhan pihak terbabit yang tidak dapat menerima kritikan secara terbuka.
Masalah demi masalah yang tidak berkesudahan itu membuatkan kita tertanya-tanya apa sudah jadi dengan syarat yang dikenakan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada awal tahun 2010 lalu?
Syarat itu mewajibkan semua stesen radio memutarkan lagu baru nyanyian penyanyi tempatan mulai 1 Mac tahun berkenaan.
Melalui arahan itu, setiap radio yang ingkar tidak akan diperbaharui lesen mereka. Kesan dari tindakan itu jika diambil ialah stesen radio yang ingkar tidak akan dapat ke udara.
Ia bertujuan memastikan artis tempatan yang melahirkan lagu-lagu baru tidak dianaktirikan.
Secara dasarnya, setiap lagu tempatan yang mahu disiarkan di setiap radio di negara ini perlu melalui proses penilaian yang dijalankan Panel Penilaian Lagu Tempatan (PPLT) iaitu sebuah badan yang bernaung di bawah KPKK.
Bagaimanapun kelulusan dari badan itu bukan bermakna lampu hijau untuk lagu berkenaan akan dimainkan oleh mana stesen radio.
Nah, barangkali disinilah punca sebenar kenapa persoalan radio menganak-tirikan lagu-lagu baru artis-artis ini tidak menemui penyelesaiannya sehingga ke hari ini kerana kuasa sebenarnya tetap dipihak radio penyiar yang boleh melakukan apa saja.
Pendengar menjadi ‘raja’
Tidak dinafikan, setiap stesen radio ada matlamat tersendiri dari segi sasaran pendengar dan pilihan lagu. Bagaimanapun kalau lagu tersebut tidak ‘bermasalah’ kenapa ia dipinggirkan tanpa sebarang alasan?
Malah rata-rata stesen radio sinonim dengan slogan yang pendengar diutamakan. Tetapi benarkah apa yang diuar-uarkan itu?
“Masalahnya sekarang, arahan hanya tinggal arahan. Stesen radio swasta masih bersikap dingin dan pilih kasih dalam soal penyiaran lagu-lagu baru.
“Jika stesen radio tempatan tidak membantu mengetengahkan lagu-lagu bermutu, di manakah mereka hendak mengadu nasib?
“Walaupun beranggapan isu ini sudah lapuk namun jika ia masih di takuk yang lama tanpa apa-apa perubahan, mungkin lagu-lagu tempatan akan ditenggelami dengan penyiaran lagu daripada luar negara," beritahu seorang artis popular kepada Hits.
Tidak dinafikan kuasa yang dimiliki stesen radio swasta sebenarnya lebih besar dari stesen radio kerajaan kerana popularitinya yang melangit. Oleh kerana itu melalui kebebasan yang diamalkan stesen radio itu membolehkan mereka meletakkan kriteria tertentu untuk setiap lagu yang akan dimainkan. Antara kriteria yang diutamakan adalah melalui pilihan pendengar mereka sendiri.
Secara logiknya, setiap perniagaan mencari keuntungan. Dalam hal ini radio swasta juga sebenarnya mempunyai hak untuk hanya memilih lagu-lagu yang difikir mereka mampu menarik perhatian pendengar. Bagaimanapun apa yang mahu di bangkitkan di sini adalah bagaimana kriteria pemilihan setiap lagu itu di jalankan oleh stesen radio terbabit?
Ada baiknya jika mereka menjelaskan kriteria sebenar untuk setiap lagu yang menjadi pilihan mereka untuk diputarkan.
Bagi stesen radio swasta yang bergantung sepenuhnya kepada pulangan pengiklanan, kita sedia maklum mereka mempunyai hak sepenuhnya dalam meneruskan hala tuju perniagaan mereka.
Setiap stesen di radio di negara ini dibezakan melalui konsep yang ingin diketengahkan, di mana kadangkala mampu menjadi punca sesetengah lagu itu tidak dapat dimainkan kerana gagal menepati konsep yang telah di tetapkan radio terbabit.
Sepertinya sebagai penyanyi sendiri, mereka perlu mencari alternatif lain kini sebelum menyerahkan tanggungjawab untuk memperdengarkan lagu mereka melalui radio sahaja . Dengan kemajuan teknologi kini, penyanyi kita seharusnya lebih kreatif dalam memulakan sesuatu yang baru, salah satunya adalah melalui promosi di laman YouTube.
Kita bercakap melalui pelbagai kemungkinan, dan hanya ikhtiar dan sedikit usaha dari penyanyi berkenaan, mungkin dapat menyelesaikan masalah ini yang sudah lama membelenggu mereka kini.
Bukan mahu menidakkan kuasa yang dimiliki radio, tetapi jika artis diluar sana lebih bijak menggunakan peluang yang ada, tentunya kebergantungan mereka terhadap stesen radio di dalam memutarkan lagu mereka tidak akan menjadi suatu masalah.
Ini kerana jelas juga masing-masing mempunyai kepentingan di dalam mencapai matlamat, dan untuk itu seharusnya mana-mana pihak juga tidak perlu menuding jari menyalah sesiapa juga jika masalah ini terus diperdebatkan.
utusan~

My Blog List
BELOW HANGAT
POLITIK
Recently Commented
Recently Added
Blog,bukan facebook
Visitors
Topics :
Health
Labels
- AGAMA (2)
- ARTIKEL (2)
- BERITA (3)
- GAMBAR (2)
- GOSIP ARTIS (7)
- INFO (6)
- IPTA (1)
- KISAH BENAR (1)
- LAWAK (1)
- LIRIK LAGU (1)
- MISTERI (1)
- POLITIK (5)
- SOSIAL (1)
- SYIRIK (1)
- TIPS (5)
Entertainment
World News
GOSIP ARTIS
Random Post
SOSIAL
mediabar
INFO
Template Updates
primaryBottomSidebar
LAWAK
Blog links
KenjiCacimaki copright. Powered by Blogger.
Popular Posts
-
1. Dari kecil lagi, walaupun tidak kenal apa itu payudara, apa fungsi payudara, Mereka (ibu) tidak kira lelaki atau perempuan tetap akan ...
-
“Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar P...
-
Pelakon Adi Putra yang sebelum ini telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya dengarnya telah menarik balik permohonan t...
-
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa
-
Tip kuruskan badan tanpa ubat Ada tips sikit untuk anda: Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan 1. JANGAN BERLAPAR Makanan memberi ki...
-
Masalah mati pucuk ini biasanya berlaku bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas.Ia juga mungkin disebabkan jika individu tersebut menga...
-
Ramlah Ram-Antara artis yang dipinggirkan SEHINGGA ke hari ini, radio kekal menjadi saluran penyampai maklumat utama kepada masyarakat....
-
MEMILIH pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kera...

0 comments
Readers Comments
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.