GOSIP ARTIS,
Permohonan Saiful Apek Ditolak Mahkamah
Posted by Unknown
Published on Sunday, 27 May 2012
Kenapa Mahkamah Tolak permohonan Saiful? JomBAca..
Tidak sampai seminggu selepas melancarkan ‘perang’ terhadap David Teo, pelakon komedi Saiful Apek semalam mengaku ‘malu sendiri’ dengan kenyataannya itu kerana kes tuntutan RM200,000 yang difailkannya terhadap produser itu sebenarnya sudah selesai tahun lalu.
“Saya akui kesilapan kerana buta undang-undang dan hanya tahu baca skrip saja. Saya reda dengan keputusan itu dan tak berhasrat buat rayuan kerana kes ini sudah lama iaitu lebih tujuh tahun,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
11 Mei lalu, Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, mendakwa David gagal menjelaskan baki bayaran RM200,000 hasil lakonannya dalam filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali sejak 2005 dan mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan mengecam David menerusi laman sosial twitter dan facebook.
Saiful memfailkan tuntutan ke atas David di mahkamah pada pada Ogos 2007, namun terkedu apabila David tampil menerusi program Melodi di TV3 Ahad lalu dan menjelaskan tuntutan berkenaan sudah ditolak mahkamah pada September tahun lalu.
“Apalagi saya boleh buat apabila, saya mungkin itu bukan rezeki saya dan saya tidak mahu membangkitkan lagi isu itu lagi. Bagaimanapun, saya tetap berbangga dengan cara saya memperjuangkan isu tuntutan ini. Saya mungkin ‘buta kontrak’ tetapi jika diberi skrip boleh saya faham malahan, ramai artis yang tidak faham isi kandungannya.” – Saiful Apek
Sehubungan itu, Apek bercadang mahu menubuhkan sebuah biro yang dikenali sebagai Kesatuan Anak Seni (Kemas) yang memperjuangkan hak-hak anak seni melalui saluran yang betul.
“Saya menyeru supaya mana-mana artis yang mempunyai masalah untuk tampil berjumpa dengan saya dan saya akan jadi orang tengah untuk utarakan masalah itu kepada orang yang lebih pakar dalam bidang tersebut.Kalau boleh biarlah kita bergabung untuk menuntut hak kita sebagai artis dan mendidik orang yang berkarya mengenai undang-undang mengenai perjanjian yang berkaitan anak seni. Semua krew penerbitan yang terlibat perlu lebih peka dengan isu kebajikan dan undang-undang.”
Itulah perlunya memahami kehendak kontrak sebelum ditandatangani. Diharapkan kekeruhan ini akan dijernihkan segera. Sebaiknya bertemu empat mata dan berbincang sebelum kecoh-kecoh di sidang media dan mahkamah. Apapun sokong jika ada satu badan untuk artis memahami kontrak sebelum dipersetujui.
My Blog List
BELOW HANGAT
POLITIK
Recently Commented
Recently Added
Blog,bukan facebook
Visitors
Topics :
Health
Labels
- AGAMA (2)
- ARTIKEL (2)
- BERITA (3)
- GAMBAR (2)
- GOSIP ARTIS (7)
- INFO (6)
- IPTA (1)
- KISAH BENAR (1)
- LAWAK (1)
- LIRIK LAGU (1)
- MISTERI (1)
- POLITIK (5)
- SOSIAL (1)
- SYIRIK (1)
- TIPS (5)
Entertainment
World News
GOSIP ARTIS
Random Post
SOSIAL
mediabar
INFO
Template Updates
primaryBottomSidebar
LAWAK
Blog links
KenjiCacimaki copright. Powered by Blogger.
Popular Posts
-
1. Dari kecil lagi, walaupun tidak kenal apa itu payudara, apa fungsi payudara, Mereka (ibu) tidak kira lelaki atau perempuan tetap akan ...
-
“Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar P...
-
Pelakon Adi Putra yang sebelum ini telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya dengarnya telah menarik balik permohonan t...
-
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa
-
Tip kuruskan badan tanpa ubat Ada tips sikit untuk anda: Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan 1. JANGAN BERLAPAR Makanan memberi ki...
-
Masalah mati pucuk ini biasanya berlaku bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas.Ia juga mungkin disebabkan jika individu tersebut menga...
-
Ramlah Ram-Antara artis yang dipinggirkan SEHINGGA ke hari ini, radio kekal menjadi saluran penyampai maklumat utama kepada masyarakat....
-
MEMILIH pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kera...






0 comments
Readers Comments
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.