Welcome Guest!
twitter facebook rss

,

Gempa Bumi: 9 Maut

ROM Itali- 29 Mei - Sekurang-kurangnya 15 maut manakala 200 cedera apabila satu gempa bumi kuat berukuran 5.9 pada Skala Richter menggegarkan timur laut Itali, hari ini.

Kejadian itu berlaku sembilan hari selepas gempa bumi melanda kawasan yang sama, menyebabkan enam terbunuh manakala ramai kehilangan tempat tinggal.

Menurut Institut Geografi Modena, gempa bumi itu berpusat kira-kira 60 kilometer ke timur bandar Parma.

Tiga daripada 15 mangsa yang terbunuh dipercayai tertimbus apabila sebuah kilang runtuh di San Felice sul Panaro.

Dua lagi mangsa maut di pekan Mirandola, manakala masing-masing seorang di Concordia dan Finale.

Mangsa seterusnya yang merupakan seorang paderi, ditemui maut di pekan Rovereto di Novi, namun pihak polis tidak menyatakan sama ada kematiannya akibat gempa bumi atau sebaliknya.

Gempa bumi tersebut turut dirasai di bahagian utara dan tengah Itali, sekali gus menyebabkan beberapa runtuhan bangunan.

Di Pisa, rumah-rumah dan bangunan dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga manakala di Bologna, perkhidmatan kereta api ke Milan, Verona dan Modena dihentikan buat seketika.

Pada 20 Mei lalu, gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter di kawasan yang sama menyebabkan enam penduduk maut dan beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal. - utusan

1 comments

Readers Comments

Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

BELOW HANGAT

POLITIK

Recently Commented

Recently Added

Blog,bukan facebook

Visitors

Topics :

Health

Labels

Entertainment

World News

GOSIP ARTIS

Random Post

SOSIAL

mediabar

INFO

Template Updates

primaryBottomSidebar

LAWAK

Blog links

KenjiCacimaki copright. Powered by Blogger.

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Search

Latest Posts

Sponsored By

Featured Video

Our Sponsors

Our Sponsors

Visit Nepal Info and Guide